Thursday, December 30, 2010

Malaysia julang Piala Suzuki di Jakarta

Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia menang Piala Suzuki di Jakarta. – Reuters pica

JAKARTA, 29 Dis – Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 di bumi Indonesia walaupun tewas 1-2 di sini sebentar tadi.

Pada pusingan pertama, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad Harimau Malaya yang melakar sejarah menjuarai Piala Suzuki AFF selepas menundukkan Indonesia dengan agregat 4-2.

Beliau berkata kejayaan malam ini merupakan satu pencapaian yang lebih manis bagi pasukan bola sepak negara selepas 14 tahun menunggu untuk muncul sebagai negara keempat merebut kejuaraan itu selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar idamkan kemenangan. Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan jelas terhasil dengan kejayaan ini.

“Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia – megah, terharu dan paling utama, semua merasa bersyukur kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit, terutamanya para pemain dan jurulatih K. Rajagobal bagi mendapatkan kejuaraan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin berharap kemenangan itu tidak akan melekakan pemain, jurulatih dan pegawai skuad kebangsaan kerana persaingan tentu akan menjadi lebih sengit pada masa akan datang.

“Saya ingin menggesa para pemain untuk terus mengekalkan prestasi sekali gus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa.

“Saya berharap lebih banyak kejayaan akan direkodkan pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mendoakan agar mutu sukan bola sepak Malaysia kembali dihormati dan digeruni, bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di seluruh dunia,” katanya.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penyokong yang telah memberi galakan serta dorongan tidak berbelah bahagi terhadap skuad kebangsaan.

Beliau berkata aspirasi inilah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira bola sepak negara bagi mengecapi kemenangan berikutnya.

“Penghargaan juga ditujukan kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang telah berjaya menerajui bola sepak Malaysia dan usaha-usaha selama ini sehingga berjaya mengecapi kejayaan ini,” katanya.

0 comments:

Muat turun (down load) doa dan zikir dalam format fail pdf

1.Bacaan masa nak tidor pada tiap-tiap malam
2.Penghulu istiqfar
3.Doa untuk dibaca dalam sujud yang akhir
4.Istiqfar untuk ibubapa yang dikasihi
5.Menyambut bayi yang baru lahir
6.Solawat untuk amalan harian
7.Bacaan untuk hari raya
8.Bacaan para isteri masa mengandung
9.Solawat untuk menjaga kesihatan badan
10.Solawat untuk bacaan malam jumaat
11.Bacaan selepas salam dalam solat
12.Bacaan lepas solat fardu jumaat
13.Bacaan untuk memudahkan ingatan dan menjauhkan nyanyok
14.Bacaan supaya mudah bangun beribadah ditengah malam
15.Tasbih untuk amalan harian
16.Bacaan semasa menziarahi kubor
17.Bacaan masa bilal menyebut " Ash haduan na muhammador rasulullah" dalam masa azan
18.Solawat untuk dibaca pada hari jumaat
19.Taman syurga
20.Bacaan dalam sujud sejadah
21.Zikir paling afdal
 
widget

Site Info

Selamat datang 2011 Semoga j-QAF tetap MANTAP di tahun 2011 ini.

j-QAF Tanpa Gagal Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template