Showing posts with label Rancangan Tahunan KSSR. Show all posts
Showing posts with label Rancangan Tahunan KSSR. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

Rancangan Tahunan KSSR 2011





Berikut adalah rancangan tahunan dan contoh rancangan harian bagi mata pelajaran KSSR Tahun 1 2011 dari website JPN Melaka, PPD Hulu Langat, PPD Seremban, PPD Kluang, PPD Segamat, PPD JB, JPN Selangor dan PPD Jasin. Rancangan pengajaran bagi mata pelajaran lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Kebanyakan files adalah dalam bentuk zip. Sesiapa yang tidak dapat membuka file words yang terkandung di dalamnya, bermakna program microsoft words korang version lama (version sebelum tahun 2007). Korang boleh convert file tu kepada version lama (guna online converter je).


Bahasa Malaysia Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia Tahun 1 (KSSR) - SK (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia Tahun (KSSR) - SJK (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 (KSSR) - SK (JPN Melaka)- update 19/2/2011
  4. Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia Tahun 1 SK (KSSR) (PPD Seremban) - update 2/1/2011
  5. Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia Tahun 1 SK (KSSR) (PPD Segamat) - update 8/1/2011

Bahasa Inggeris Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 1 (KSSR) SK (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Contoh Rancangan Harian Bahasa Inggeris Tahun 1 (KSSR) SK (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Rancangan Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 1 SK & SJK (KSSR) (PPD Seremban) - update 2/1/2011
  4. Rancangan Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 1 SK & SJK (KSSR) (PPD Seremban) - update 2/1/2011
  5. Rancangan Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 1 SK (KSSR) (JPN Selangor) - update 8/1/2011
  6. Rancangan Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 1 SJK (KSSR) (JPN Selangor) - update 8/1/2011

Matematik Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Matematik Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Contoh Rancangan Harian Matematik Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Rancangan Tahunan Matematik Tahun 1 (KSSR) - update 8/1/2011
  4. Rancangan Tahunan Matematik Tahun 1 (KSSR) (PPD JB) - update 8/1/2011

Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Rancangan Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1(KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Contoh Rancangan Pengajaran TMK dan Dunia Sains & Teknologi (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  4. Rancangan Tahunan Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 (KSSR) SJKC Terjemahan B.Cina (JPN Melaka) - update 19/2/2011

Pendidikan Islam Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Contoh Rancangan Harian Pendidikan Islam Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011


Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Contoh Rancangan Harian Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Contoh Rancangan Harian Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR) (PPD Hulu Langat)
  4. Contoh Rancangan Harian Pendidikan Moral Tahun 1 (Bahasa Cina) (KSSR) (PPD Hulu Langat)


Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KSSR) Terjemahan Bahasa Tamil (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Rancangan Tahunan PJ dan PK Tahun 1 (KSSR) (PPD Jasin) - update 9/1/2011

Pendidikan Kesihatan Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Pendidikan Kesihatan Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 8/1/2011

Dunia Seni Visual Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Dunia Seni Visual Tahun 1 (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Rancangan Pelajaran Harian Dunia Seni Visual (Contoh) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Rancangan Tahunan Dunia Seni Visual Tahun 1 (PPD Kluang) - update 8/1/2011


Dunia Muzik Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Dunia Muzik Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Contoh Rancangan Harian Dunia Muzik Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Contoh Rancangan Harian Dunia Muzik Tahun 1 (KSSR) (PPD Jasin) - update 9/1/2011

Bahasa Arab Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Bahasa Arab (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Contoh Rancangan Harian Bahasa Arab Tahun 1 (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  3. Contoh Rancangan Harian Bahasa Arab Tahun 1 (KSSR) (PPD Hulu Langat)


Bahasa Cina SK Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Bahasa Cina Tahun 1 (KSSR) SK (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Rancangan Harian Bahasa Cina Tahun 1 (KSSR) SK (JPN Melaka) - update 19/2/2011


Bahasa Cina SJK Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Bahasa Cina Tahun 1 (KSSR) SJK (JPN Melaka) - update 19/2/2011


Bahasa Tamil Tahun 1 (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Bahasa Tamil Tahun 1 (KSSR) - SK (JPN Melaka) - update 19/2/2011
  2. Rancangan Tahunan Bahasa Tamil Tahun 1 (KSSR) - SJKT (JPN Melaka) - update 19/2/2011


Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KSSR)
  1. Rancangan Tahunan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KSSR) (JPN Melaka) - update 19/2/2011


Read more: http://syazalina83.blogspot.com/2010/12/rancangan-pengajaran-tahunan-kssr-2011.html#ixzz1SDymgNLm
Continue Reading...

Friday, January 7, 2011

Rancangan Tahunan KSSR Bahasa Arab

Continue Reading...

Rancangan Tahunan KSSR English

Continue Reading...

Rancangan Tahunan KSSR Bahasa Melayu

Continue Reading...

Rancangan Tahunan KSSR Sains

Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR

Download
Rancangan Pengajaran Tahunan
KSSR Tahun 1




Matematik
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Moral
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Visual

http://science018.blogspot.com/2011/01/rancangan-pengajaran-tahunan-kssr.html
Continue Reading...

Rancangan Tahunan KSSR Moral

Continue Reading...

Friday, December 31, 2010

Modul Pengajaran KSSR. Jangan Keliru!



Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih dikenali dengan KSSR sudah hampir sampai kepada tempoh pelaksanaannya di sekolah pada awal JANUARI 2011 akan datang. Pendedahan demi pendedahan telah dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi memastikan semua guru yang berkenaan di sekolah mendapat pendedahan tentang pelaksanaannya nanti. Kurikulum Standard Bahasa Arab Sekolah Rendah (KSBASR) juga menerima proses yang sama dengan mata pelajaran yang lain. Dalam pada itu, perbincangan demi perbincangan telah saya lihat dan sebahagiannya telah pun saya ikuti dalam mendapatkan dan memberi kefahaman yang lebih terhadap pelaksanaannya itu nanti.
Bermula dari Dokumen Standard yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai gantian kepada Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang mengandungi tiga elemen penting yang terdiri daripada Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, seterusnya penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah berubah bentuk format penulisannya, sampailah kepada isu yang dilihat besar oleh sebahagian guru iaitu pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah.
Di sini saya ingin menyentuh isu terakhir yang saya sebutkan tadi, iaitu Pembinaan Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah".
Dalam sebuah laman web popular guru j-QAF semalaysia, ada menyebut tentang "guru j-QAF tidak perlu menyediakan modul pengajaran" tersebut. Ianya hanya diwajibkan kepada pelatih-pelatih guru di institusi-institusi pendidikan guru Malaysia di seluruh negara.
Setelah membaca kenyataan tersebut, saya berpendapat bahawa kenyataan ini boleh disalah ertikan oleh guru-guru j-QAF yang tidak begitu memahami konsep sebenar KSSR dan pelaksanaannya. Ia boleh menjurus kepada pengabaian modul empat fasa terarah ini oleh guru-guru j-QAF, seterusnya menjadikan pelaksanaan KSSR tidak menepati standard yang telah ditetapkan. Ini sangat bahaya!
Walaupun tidak terdapat mana-mana pekeliling dari kementerian berkenaan pembinaan modul pengajaran oleh guru, namun itu tidak membuktikan bahawa guru perlu mengabaikan pembinaan modul tersebut. Inilah yang perlu difahami oleh guru sebaiknya. Bagaimana?
Sebelum saya jelaskan mengapa, ingin saya menyentuh maksud pembinaan modul pengajaran empat fasa terarah ini mengikut kefahaman saya. Pada awalnya saya juga terkeliru tentang apakah yang dikatakan modul ini. Adakah ia berbentuk latihan murid bagi tajuk-tajuk pengajaran? Maka ramailah yang bercita-cita membinanya untuk dijadikan salah satu punca rezeki melalui cetakan buku atau modul dan dipasarkan. Namun ianya salah! Adakah pula ianya sebuah kertas perancangan pengajaran berpandukan dokumen standard atau sukatan? Bagaimana pula bentuknya? Pelbagai pandangan dan mazhab telah dilontarkan oleh golongan-golongan tertentu berkenaannya. Ada yang betul dan ada juga yang kurang tepat. Namun, setelah melalui beberapa perbincangan demi perbincangan bersama individu-individu penting dalam pelaksanaan KSSR ini di kementerian, begitu juga dengan melihat hasil-hasil bengkel pembinaan modul yang diadakan di peringkat kementerian, akhirnya saya mendapat sebuah kesimpulan berikut.
Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah ini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap, yang terdiri daripada empat fasa, bermula dengan Fasa Persediaan, diikuti dengan Fasa Imaginasi, seterusnya Fasa Perkembangan dan diakhiri dengan Fasa Tindakan. (Saya akan bercerita tentang empat fasa ini di lain waktu).
Pengajaran berteraskan empat fasa ini merupakan langkah pengajaran kreatif yang menggantikan cara lama pengajaran iaitu pendahuluan, set induksi, langkah 1, 2, dan 3 serta penutup, yang selama ini kita praktikan di sekolah, hasil pembelajaran kita sewaktu di maktab dahulu.
Suatu waktu dahulu (ketika kita di maktab), inilah langkah-langkah pengajaran yang kita praktikan di dalam latihan-latihan pengajaran kita samada di dalam pengajaran mikro mahupun makro. Ianya telahpun sebati dalam diri kita. Kita hanya melakukan penulisan rancangan pengajaran yang lengkap sehingga berhelai-helai banyaknya hanya ketika kita di dalam latihan atau praktikum sahaja. Setelah itu, ianya sudah menjadi nadi pengajaran kita setiap hari tanpa membina rancangan seperti itu lagi.
Namun, bagaimana pula dengan langkah-langkah pengajaran kreatif melalu empat fasa terarah yang ditekankan di dalam KSSR ini? Adakah kita juga sudah sebati dengan pelaksanaannya? Apakah yang perlu guru lakukan dalam setiap fasa tersebut? Soalan bagaimanakah yang perlu guru ajukan di dalam setiap fasa tersebut? Apakah yang murid perlu lakukan dalam setiap fasa tersebut? Semua ini masih baru lagi bagi kita!
Maka di sinilah perlunya kita memulakan langkah pertama kita dengan membina modul pengajaran kreatif melalui empat fasa terarah ini. Bentuk modul ini tidak salah andai saya katakan ianya menyerupai penulisan rancangan pengajaran sewaktu kita di dalam tempoh praktikum dahulu. Sememangnya banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk membiasakan dengan kaedah pengajaran kreatif ini. Namun alah bisa, tegal biasa. Lama-kelamaan, kita sudah tidak perlu lagi membina modul pengajaran kreatif ini kerana kita sudah terbiasa dengan pelaksanaan empat fasa terarah dalam pengajaran kreatif ini. Bayangkan andai guru itu terus mengabaikan pelaksanaan pengajaran kreatif melalui empat fasa terarah ini di dalam modul yang sepatutnya dibina, sudah tentu guru tersebut akan mengajar murid-muridnya menggunakan Dokumen Standard dengan cara yang lama (pengajaran biasa seperti sebelum ini).
Continue Reading...

Muat turun (down load) doa dan zikir dalam format fail pdf

1.Bacaan masa nak tidor pada tiap-tiap malam
2.Penghulu istiqfar
3.Doa untuk dibaca dalam sujud yang akhir
4.Istiqfar untuk ibubapa yang dikasihi
5.Menyambut bayi yang baru lahir
6.Solawat untuk amalan harian
7.Bacaan untuk hari raya
8.Bacaan para isteri masa mengandung
9.Solawat untuk menjaga kesihatan badan
10.Solawat untuk bacaan malam jumaat
11.Bacaan selepas salam dalam solat
12.Bacaan lepas solat fardu jumaat
13.Bacaan untuk memudahkan ingatan dan menjauhkan nyanyok
14.Bacaan supaya mudah bangun beribadah ditengah malam
15.Tasbih untuk amalan harian
16.Bacaan semasa menziarahi kubor
17.Bacaan masa bilal menyebut " Ash haduan na muhammador rasulullah" dalam masa azan
18.Solawat untuk dibaca pada hari jumaat
19.Taman syurga
20.Bacaan dalam sujud sejadah
21.Zikir paling afdal
 
widget

Site Info

Selamat datang 2011 Semoga j-QAF tetap MANTAP di tahun 2011 ini.

j-QAF Tanpa Gagal Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template