Friday, December 31, 2010
Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1 KSSR
Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1 KSSR
Modul Pengajaran KSSR. Jangan Keliru!
Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih dikenali dengan KSSR sudah hampir sampai kepada tempoh pelaksanaannya di sekolah pada awal JANUARI 2011 akan datang. Pendedahan demi pendedahan telah dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi memastikan semua guru yang berkenaan di sekolah mendapat pendedahan tentang pelaksanaannya nanti. Kurikulum Standard Bahasa Arab Sekolah Rendah (KSBASR) juga menerima proses yang sama dengan mata pelajaran yang lain. Dalam pada itu, perbincangan demi perbincangan telah saya lihat dan sebahagiannya telah pun saya ikuti dalam mendapatkan dan memberi kefahaman yang lebih terhadap pelaksanaannya itu nanti.
Bermula dari Dokumen Standard yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai gantian kepada Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang mengandungi tiga elemen penting yang terdiri daripada Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, seterusnya penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah berubah bentuk format penulisannya, sampailah kepada isu yang dilihat besar oleh sebahagian guru iaitu pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah.
Di sini saya ingin menyentuh isu terakhir yang saya sebutkan tadi, iaitu Pembinaan Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah".
Dalam sebuah laman web popular guru j-QAF semalaysia, ada menyebut tentang "guru j-QAF tidak perlu menyediakan modul pengajaran" tersebut. Ianya hanya diwajibkan kepada pelatih-pelatih guru di institusi-institusi pendidikan guru Malaysia di seluruh negara.
Setelah membaca kenyataan tersebut, saya berpendapat bahawa kenyataan ini boleh disalah ertikan oleh guru-guru j-QAF yang tidak begitu memahami konsep sebenar KSSR dan pelaksanaannya. Ia boleh menjurus kepada pengabaian modul empat fasa terarah ini oleh guru-guru j-QAF, seterusnya menjadikan pelaksanaan KSSR tidak menepati standard yang telah ditetapkan. Ini sangat bahaya!
Walaupun tidak terdapat mana-mana pekeliling dari kementerian berkenaan pembinaan modul pengajaran oleh guru, namun itu tidak membuktikan bahawa guru perlu mengabaikan pembinaan modul tersebut. Inilah yang perlu difahami oleh guru sebaiknya. Bagaimana?
Sebelum saya jelaskan mengapa, ingin saya menyentuh maksud pembinaan modul pengajaran empat fasa terarah ini mengikut kefahaman saya. Pada awalnya saya juga terkeliru tentang apakah yang dikatakan modul ini. Adakah ia berbentuk latihan murid bagi tajuk-tajuk pengajaran? Maka ramailah yang bercita-cita membinanya untuk dijadikan salah satu punca rezeki melalui cetakan buku atau modul dan dipasarkan. Namun ianya salah! Adakah pula ianya sebuah kertas perancangan pengajaran berpandukan dokumen standard atau sukatan? Bagaimana pula bentuknya? Pelbagai pandangan dan mazhab telah dilontarkan oleh golongan-golongan tertentu berkenaannya. Ada yang betul dan ada juga yang kurang tepat. Namun, setelah melalui beberapa perbincangan demi perbincangan bersama individu-individu penting dalam pelaksanaan KSSR ini di kementerian, begitu juga dengan melihat hasil-hasil bengkel pembinaan modul yang diadakan di peringkat kementerian, akhirnya saya mendapat sebuah kesimpulan berikut.
Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah ini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap, yang terdiri daripada empat fasa, bermula dengan Fasa Persediaan, diikuti dengan Fasa Imaginasi, seterusnya Fasa Perkembangan dan diakhiri dengan Fasa Tindakan. (Saya akan bercerita tentang empat fasa ini di lain waktu).
Pengajaran berteraskan empat fasa ini merupakan langkah pengajaran kreatif yang menggantikan cara lama pengajaran iaitu pendahuluan, set induksi, langkah 1, 2, dan 3 serta penutup, yang selama ini kita praktikan di sekolah, hasil pembelajaran kita sewaktu di maktab dahulu.
Suatu waktu dahulu (ketika kita di maktab), inilah langkah-langkah pengajaran yang kita praktikan di dalam latihan-latihan pengajaran kita samada di dalam pengajaran mikro mahupun makro. Ianya telahpun sebati dalam diri kita. Kita hanya melakukan penulisan rancangan pengajaran yang lengkap sehingga berhelai-helai banyaknya hanya ketika kita di dalam latihan atau praktikum sahaja. Setelah itu, ianya sudah menjadi nadi pengajaran kita setiap hari tanpa membina rancangan seperti itu lagi.
Namun, bagaimana pula dengan langkah-langkah pengajaran kreatif melalu empat fasa terarah yang ditekankan di dalam KSSR ini? Adakah kita juga sudah sebati dengan pelaksanaannya? Apakah yang perlu guru lakukan dalam setiap fasa tersebut? Soalan bagaimanakah yang perlu guru ajukan di dalam setiap fasa tersebut? Apakah yang murid perlu lakukan dalam setiap fasa tersebut? Semua ini masih baru lagi bagi kita!
Thursday, December 30, 2010
Malaysia julang Piala Suzuki di Jakarta
JAKARTA, 29 Dis – Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 di bumi Indonesia walaupun tewas 1-2 di sini sebentar tadi.
Pada pusingan pertama, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad Harimau Malaya yang melakar sejarah menjuarai Piala Suzuki AFF selepas menundukkan Indonesia dengan agregat 4-2.
Beliau berkata kejayaan malam ini merupakan satu pencapaian yang lebih manis bagi pasukan bola sepak negara selepas 14 tahun menunggu untuk muncul sebagai negara keempat merebut kejuaraan itu selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
“Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar idamkan kemenangan. Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan jelas terhasil dengan kejayaan ini.
“Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia – megah, terharu dan paling utama, semua merasa bersyukur kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit, terutamanya para pemain dan jurulatih K. Rajagobal bagi mendapatkan kejuaraan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Muhyiddin berharap kemenangan itu tidak akan melekakan pemain, jurulatih dan pegawai skuad kebangsaan kerana persaingan tentu akan menjadi lebih sengit pada masa akan datang.
“Saya ingin menggesa para pemain untuk terus mengekalkan prestasi sekali gus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa.
“Saya berharap lebih banyak kejayaan akan direkodkan pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mendoakan agar mutu sukan bola sepak Malaysia kembali dihormati dan digeruni, bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di seluruh dunia,” katanya.
Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penyokong yang telah memberi galakan serta dorongan tidak berbelah bahagi terhadap skuad kebangsaan.
Beliau berkata aspirasi inilah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira bola sepak negara bagi mengecapi kemenangan berikutnya.
“Penghargaan juga ditujukan kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang telah berjaya menerajui bola sepak Malaysia dan usaha-usaha selama ini sehingga berjaya mengecapi kejayaan ini,” katanya.
Wednesday, December 29, 2010
Rancangan Tahunan KSSR
Downloading: RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK KSSR TAHUN 1
Silalah muat turun link di bawah:
http://www.mediafire.com/file/a1fdsfouc2o73sd/rancangan-pengajaran-tahunan-matematik-kssr-tahun-1.pdf
http://www.mediafire.com/?a1fdsfouc2o73sd
Muat Turun Bahan Rujukan KSSR
BAHAN RUJUKAN KSSR
Elemen TMK elemen TMK.zip (5.59 MB) | ||||
Bahasa Tamil SJKT BAHASA TAMIL SJK(T) 2 SEPT 2010.zip (55.76 kB) | ||||
Bahasa Cina KSSR Tahun 1 KSSR BAHASA CINA Tahun 1.zip (611.13 kB) | ||||
Pendidikan Kesihatan | ||||
TMK Dalam Dunia Sains dan Teknologi | ||||
KSSR Pendekatan Moral PENDEKATAN MORAL KSSR.zip (4.73 MB) | ||||
Elemen Kusahawanan elemen keusahawan.zip (203.44 kB) | ||||
Elemen Kreatif & Inovatif elemen Kreativiti & Inovatif.zip (176.27 kB) | ||||
Taklimat Umum KSSR ver 3 Taklimat Umum KSSRver3.zip (2.55 MB) | ||||
EMK Dalam KSSR EMK dalam KSSR kursus orientasi JU.zip (2.34 MB) | ||||
KSSR Pendidikan Seni Visual PSV.zip (45.61 kB) |
Sumber: http://www.akademikpahang.edu.my
1. Bahasa Malaysia
2. Dunia Sains dan Teknologi
- Dunia Sains Teknologi SK
- Dunia Sains Teknologi SJKC
- Dunia Sains Teknologi SJKT
- Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) SK
- Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) SJKC
- Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) SJKT
MODUL ELEKTIF
1. Bahasa Cina SK (BCSK)
2. Bahasa Tamil SK (BTSK)
3. Bahasa Arab
4. Bahasa Iban
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
1. Keusahawan
2. Kreativiti dan Inovasi
3. Teknologi Maklumat Komunikasi
Sumber: http://akademik.kedah.edu.my
Saturday, December 25, 2010
Rancangan Tahunan Bahasa Arab (KSSR)
1) http://www.mediafire.com/?xc185qhzmc2mjzj
2) http://www.mediafire.com/file/xc185qhzmc2mjzj/rancangan_tahunan_b.arab_kssr.zip
sumber: http://www.jpnmelaka.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=776&Itemid=47
Friday, December 24, 2010
Rancangan Tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR)
Muat turun (down load) doa dan zikir dalam format fail pdf
2.Penghulu istiqfar
3.Doa untuk dibaca dalam sujud yang akhir
4.Istiqfar untuk ibubapa yang dikasihi
5.Menyambut bayi yang baru lahir
6.Solawat untuk amalan harian
7.Bacaan untuk hari raya
8.Bacaan para isteri masa mengandung
9.Solawat untuk menjaga kesihatan badan
10.Solawat untuk bacaan malam jumaat
11.Bacaan selepas salam dalam solat
12.Bacaan lepas solat fardu jumaat
13.Bacaan untuk memudahkan ingatan dan menjauhkan nyanyok
14.Bacaan supaya mudah bangun beribadah ditengah malam
15.Tasbih untuk amalan harian
16.Bacaan semasa menziarahi kubor
17.Bacaan masa bilal menyebut " Ash haduan na muhammador rasulullah" dalam masa azan
18.Solawat untuk dibaca pada hari jumaat
19.Taman syurga
20.Bacaan dalam sujud sejadah
21.Zikir paling afdal